
ziyan80
5 tahun
Jari kaki dan tangan kebas lidah kebas
saya wanita berumur 39 tahun. ada masalah gerd, slip disc L4L5. saya mengalami kebas jari kaki dan tangan dan lidah selama 3 minggu. Ketika di pejabat lagi ketara jari saya kelihatan sedikit kecut. apa bila tangan kaki terkena air paip walaupun tengah hari saya berasa sejuk seperti direndam air batu . mohon doc advise saya. dan kalau ke hospital doc apa yang perlu saya refer. tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kebas kaki tangan dan lidah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Hypoglycemia yaitu kurang gula dalam darah
Stroke yaitu apabila bahagian otak yang terkena tidak mendapat oksigen
Migraine sejenis sakit kepala
Multiple sclerosis yaitu masalah sistem saraf pusat yang mana apabila signal tidak dapat disalurkan dengan benar
Malnutrisi atau kurang vitamin sehingga menganggu pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu rutin harian anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.