
Anonymous
4 tahun
Jari kaki sentiasa kebas
Saya wanita awal 20an… saya bekerja as a marketing dekat satu company swasta… sejak minggu lepas… jari kaki saya sntiasa rasa kebas smpai sekarang… kadang2 seluruh kaki kiri saya sakit utk berjalan… boleh saya tahu kenapa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang berehat dan penggunaan kaki dalam satu posisi dalam tempoh yang terlalu lama
- komplikasi penyakit kronik seperti kencing manis
- masalah saraf seperti Guillain Barre syndrome (lazim apabila selepas tempoh jangkitan demam)
- masalah saraf seperti cauda equina
- masalah tulang belakang seperti prolapsed vertebra disc
- masalah arteri kaki seperti pembentukan plak dalam kaki (intermittent claudication)
- darah tersumbat dalam saluran kaki (deep vein thrombosis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.