
Anonymous
5 tahun
Jari Kebas sejak pagi
Saya mempunyai masalah kebas di ibu jari sejak pagi tadi. saya sudah mengurut ibu jari ini namun masih lagi kebas. apa cara untuk saya hilangkan kebas ini ya? sebab ia amat tidak menyelesakan saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kebas ibu jari tangan boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Sindrom Carpal Tunnel
- Kekurangan vitamin B12
- Kurang kalsium
- Cedera pada urat saraf
- Aliran darah tidak mencukupi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.