
Sulit
4 tahun
Jari kelinking kaki saya kebas
Saya lelaki berusia 27 tahun, mengalami masalah slipdisc di l2 l3 l4, sekarang masalah saya bila saya duduk senang kebas kaki kiri saya dan jari kelinking kiri saya kebas, rasa seperti ada benda melekat, bila saya sentuh umpama tiada deria di bahagian hujung jari itu.
Boleh berikan sedikit penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami bersimpati dengan keluhan yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, penyakit slip disc merupakan sejenis penyakit di mana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asalnya mengakibatkan tekanan saraf tunjang dan sakit berdasarkan saraf yang terjejas. Saraf yang tertekan akan menimbulkan gejala kebas pada anggota tubuh berdasarkan lokasi disc tulang belakang yang mengalami masalah tersebut. Hal ini menjadi punca rasa kebas yang anda alami.
Kebiasaanya, slip disc di L2, L3 dan L4 akan menyebabkan keluhan kebas pada pangkal paha hingga ibu jari kaki pada kebanyakan pesakit. Namun begitu, keluhan rasa kebas yang anda alami mungkin dapat disebabkan oleh slip disc atau penyakit lain seperti kencing manis dan penyakit arteri periferal. Saya mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih