
Sulit
3 tahun
Jari tangan berasa kaku dan dada berasa sedikit ditekan
Hai doktor, saya berumur 15 tahun dan jari telunjuk kiri saya agak kaku apabila menggerakkan dan apabila saya meluruskan jari dan coba menggerakkan jari telunjuk ke kanan saya dapat merasakan urat saya seperti sedikit tertarik. Selain itu, dada saya berasa ditekan sedikit dan tidak sakit apabila saya menegakkan badan atau duduk sambil bersandar di bantal. Adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, jari telunjuk kiri berasa kaku serta merasa urat tertarik semasa bergerak boleh disebab oleh beberapa perkara. Contohnya: kekejangan otot jari, kecederaan otot jari, gangguan urat, gangguan saraf dan selainnya. Anda boleh cuba bersenam dan urut jari anda dengan lembut, berjumpa doktor jika tidak bantu.
Selain itu, gejala tekanan pada dada tanpa sakit bila anda menegakkan badan dan duduk bersandar di bantal boleh disebab oleh beberapa perkara juga, contohnya: kegemukkan (BMI melebihi 25), penyakit pernafasan seperti asma, penyakit paru-paru, penyakit gastrik, masalah jantung dan selainnya.
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani periksaan dan penyelidikan berkaitan supaya dapatkan penjelasan doktor dan bincangkan rancangan rawatan yang sesuai jika diperlukan.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengnan Pakar Perubatan.