
Sulit
3 tahun
Jari telunjuk Berasa sakit/Bisa
Hai,Saya Erniza,saya ada masalah sakit dihujung jari telunjuk,Terasa bisa bila terlanggar/memegang atau picit.Apa masalah sy doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan penjelasan anda, kami memahami anda mengalami masalah sakit pada hujung jari telunjuk terutamanya apabila anda terlanggar atau memegang sesuatu.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti yang berikut :
- Trauma pada bahagian tersebut
- Jangkitan kuman pada kulit
- Dermatitis
- Masalah saraf
Bagi mengetahui punca sebenar masalah anda, sila rujuk perkara ini kepada doktor untuk bantuan lanjut.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda secara lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.