
Sulit
4 tahun
Jari termasuk serpihan kaca
saya seorang wanita 20an…jari tangan saya termasuk serpihan kaca…dan saya rasa amat susah untuk mengeluarkannya.kerana agak dalam kedudukan kaca itu.jika saya ke klinik,boleh kah saya meminta untuk diberi suntikan untuk mengebaskan jari semasa proses pengeluaran kaca dilakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, anda mempunyai hak untuk memohon ubat tahan sakit ataupun prosedur untuk pembiusan daripada pihak hospital sekiranya perasaan sakit tersebut tidak dapat dikawal dan boleh mengganggu prosedur pembuangan kaca ataupun jika terdapat sebarang pembedahan yang perlu dilakukan.
Tahap pembiusan tersebut akan diberi berdasarkan situasi kecederaan yang anda alami.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.