
Sulit
4 tahun
Jari tgn dan kaki terlampau sejuk walaupun cuaca panas
Hi doc. Saya berusia 19 thun.saya pernh mengalami jangkitan pada salur kencing.kerap kali tgn dan kaki saya sejuk yg teramat walaupun cuaca panas. Adakah ia berkait rapat dengan jangkitan salur kencing yg saya alami doc?
Selain itu doc saya kerap kali sakit pada bahgian rahim.kadang ii smpai saya tk blh bangun dan berjalan. Adakh ini juga disebabkn oleh jangkitan pada salur kencing yg saya alami doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang jari tangan dan kaki kesejukan.
Untuk makluman anda, terlebih dahulu saya ingin nyatakan suhu badan yang normal adalah antara 36.5 sehingga 37.5 darjah Celsius. Jika suhu badan kurang atau lebih daripada julat yang normal, bermakna anda demam atau mengalami ketidakstabilan suhu.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Namun secara umunya, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
- Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.