
Sulit
2 tahun
Jatu- sakit tulang belakang
Saya wanita 24tahun. ada penyakit spinal bifida occulta,saya ingin bertanya semalam saya telah jatuh motor dan dalam beberapa jam selepas itu tulang belakang saya amat sakit.terdapat kesan lebam di tempat sakit tersebut apabila diperiksa oleh mak saya.saya belum ke klinik lagi.adakah ianya bahaya dibiarkan dan urut sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, trauma dan riwayat penyakit anda yaitu spina bifida occulta meletakkan anda dalam risiko tinggi untuk kecederaan tulang belakang dan saraf tulang sehingga kemungkinan terjadi komplikasi seperti lumpuh dan jangkitan. Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjutan seperti xray agar dapat dinilai keutuhan tulang dan saraf anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.