
Sulit
5 tahun
Jenis jenis depression
Hi,
saya Fatin dan
saya ingin bertanya mengenai depression . sebelum tu saya ingin mengatakan yang saya datang dari keluarga yang bercerai sejak bayi lagi dan saya dibesarkan oleh keluarga belah bapa saya dan saya telah kematian bapa pada usia 12 tahun . manakala ibu saya , last saya jumpa dia selepas bapa meninggal . selepas bapa saya meninggal saya rasa tiada lagi erti hidup , sebab bagi saya bapa saya lah segalanya . diusia saya 20-an , saya pernah rasa nak bunuh diri dan cuba untuk bunuh diri dengan menelan ubat dalam kuantiti yang banyak . saya rasakan diri ini tak berguna , putus harapan , tak ada orang yang sayang dan menyusahkan penjaga saya . perasaan tu berlarutan sampai sekarang dan usia saya sekarang 29 tahun . 4 tahun kebelakangan ni saya rasa sangat tertekan , mungkin disebabkan saya menjaga orang tua , dan dia bukan darah daging saya . kadang kadang saya rasa terbeban sebab mindset saya mengatakan itu bukan tanggungjawab saya dan kadang kadang saya redha , cuma bila saya rasa tertekan saya akan mula fikir negatif . pernah saya meraung sekuat hati dan berasa kusut kepala , pernah tampar pipi sendiri , hantuk kepala di dinding , kurung diri dalam bilik seminggu lebih , tak makan dan sering menyebut aku nak mati . saya rasa terbeban sebab orang yang saya jaga tu selalu pandang rendah terhadap saya waktu saya kecil dulu , dari situ timbul perasaan benci , tapi saya tak pernah luah kepada penjaga saya apa yang saya rasa . jadi persoalan saya , adakah saya mengalami depression . semoga persoalan saya ini dapat dijawab dan mungkin dapat membantu saya . terima kaseh .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan saudari, terdapat beberapa gejala yang saudari sebutkan sebagai gejala kemurungan. Masalah kemurungan adalah masalah yang serius dan saudari dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar psikiatri melalui rujukan dari klinik kesihatan. Saudari tidak perlu risau akan doktor psikiatri kerana mereka amat memahami masalah kemurungan ini dan akan menolong saudari dari segi cara menangani stres dan masalah, komunikasi, kumpulan orang-orang yang mengalami kemurungan dan juga dari segi ubat-ubatan. Segala masalah saudari akan dijaga rahsia dengan rapi oleh doktor psikiatri kerajaan dan saudari dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor di klinik bagi mendapatkan temujanji dengan pakar psikiatri berdekatan. Sekian