
Sulit
4 tahun
Jerawat dan Bisul berulang di muka
Hi/Salam. Saya lelaki umur 28. Saya ingin bertanya punca dan cara menghilangkan atau mengurangkan masalah jerawat dan bisul di muka saya. Saya bekerja sebagai rider penghantar barang dan selalu berada di bawah terik matahari serta keadaan persekitaran yang berhabuk dan berdebu. Ada cara atau tips untuk mengurangkan masalah saya ini? Bisul saya kerap muncul di tempat yang lebih kurang sama di muka. Selalu di bahagian pipi, bawah dagu, dan bahagian tulang rahang. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda perlu merujuk doktor agar dapat dinilai tahap beratnya jerawat anda dan agar ubat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda juga perlu berhenti mengambil ubat jerawat dan sabun yang anda sedang ambil jika anda yakin produk-produk berkenaan menyebabkan masalah jerawat anda semakin teruk. Silakan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktori secara peribadi melalui atas talian. (https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor)). Terima kasih.