
Sulit
4 tahun
Jerawat dan parut jerawat
Doktor sekarang saya pakai clindamycin phospate untuk masalah jerawat syaa…adakah sesuai saya menggunakan pencuci muka cosmoderm tree tea oil untuk membersihkan wajah sebelum memakai clindamycin phospate losyen…soalan kedua bolehkah kalau saya mengambil pil vitamin c jika saya menggunakan clindamycin phospate untuk jerawat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, untuk mengetahui suatu produk penjagaan wajah itu sesuai atau tidak dengan kulit anda, adalah dengan mengenalpasti reaksi kulit anda terhadap produk tersebut. Sekiranya produk tersebut tidak sesuai dengan jenis kulit anda, ia akan memberikan reaksi tindak balas seperti ruam, kemerahan ataupun timbul jerawat baru di tempat/kawasan wajah yang tidak pernah ditumbuhi jerawat sebelum ini.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berkenaan dengan vitamin C, vitamin C adalah penting untuk tubuh badan yang sihat, ia terkandung di dalam buah-buahan seperti oren. Bagi pengambilan suplemen vitamin C, anda dianjurkan untuk merujuk kepada doktor supaya kandungan jumlah vitamin C di dalam pil tersebut disemak terlebih dahulu. Kondisi lain seperti faktor kesihatan anda juga penting untuk diketahui sebelum pengambilan sebarang suplemen tambahan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih