
Sulit
4 tahun
Jerawat di bahgian punggung dan parut hitam yang banyak
saya berusia 20an yang mengalami jerawat yang banyk dipunggung bawah dah banyak produk saya guna sabun macam tapi tetap tk berkesan saya nak dapat bantuan dari doktor untuk mengatasi masalah ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang kulit
- Ekzema
- Ruam peluh
- Skabies
- Penjagaan kulit yang kurang bersih
- Jangkitan virus, bakteria atau kulat pada kulit
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.