
rajamuhammadfared
5 tahun
Jerawat di belakan kepala
Hi saya seorang lelaki berumur 20 han saya mempunyai masalah jerawat di belakang kepala saya, ianya agak sakit selepas saya memicit keluarnya isinya sekarang bekas luka jerawat menjadi kehitaman dan agak sakit apabila saya menyikat rambut apakah solusi dan rawatan mudah utk saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jerawat
- Folliculitis
- Ketumbuhan keratin
- Cyst
- Abscess
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya sehingga kondisi kulit anda secara menjadi parah, dikhuatiri sekiranya dibiarkan ia kan dijangkiti. Lebih merisaukan apabila lokasi luka adalah berdekatan dengan kepala.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.