
Sulit
3 tahun
Jerawat di muka resdung atau ape ye?
Jerawat resdung atau jerawat ape ye di muka ? Ubat ape yg elok ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
Sebum yang dihasilkan dari kelenjar sebum di kulit muka mengakibatkan pori muka tersumbat sekaligus menghasilkan jerawat. Selain itu, pori muka juga boleh tersumbat akibat kekotoran yang terdapat di udara. Dedebu dari permukaan udara boleh menyumbatkan pori muka dan juga mendorong kepada penghasilan jerawat.
Seseorang itu gemar makan makanan yang berminyak seperti makanan bergoreng maka ia juga boleh menyebabkan muka kita menjadi lebih berminyak serta menyebabkan pori muka tersumbat dan mendatangkan jerawat.
Makanan laut seperti udang, sotong, ketam, kepah dan lain-lain juga boleh mendatangkan jerawat pada sesetengah individu. Jerawat yang tumbuh bukan sahaja besar dan merah malah juga gatal dan senang meninggalkan parut. Maka, anda boleh mengenal pasti pencetus timbulnya jerawat anda dan menghindarinya.
Pengumpulan sebum di muka merupakan permukaan terbaik untuk pertumbuhan bakteria yang bernama ‘Propionibacterium acnes’. Bakteria ini akan bertindak balas dengan sebum di muka dan merangsangkan sistem imun. Oleh itu, apabila sistem imun bertindak maka ianya akan mengakibatkan keradangan dan menumbuhkan jerawat.
Sesetengah orang juga berpendapat bahawa makanan kekacang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Hal ini kerana kacang mengakibatkan muka menjadi lebih berminyak kerana kandungan nutriennya. Jadi, sekiranya dimakan berlebihan akan menjadikan muka sangat berminyak langsung menghasilkan jerawat.
Gadis atau jejaka muda yang baru mencapai akil baligh juga sangat mudah mendapat jerawat. Hal ini kerana pertukaran hormon dalam badan mereka. Pertukaran hormon ini akan mengakibatkan kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan sekaligus membawa kepada pertumbuhan jerawat yang banyak.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor