
Sulit
4 tahun
Jerawat Di Sekitar Skrotum
Saya seorang lelaki yang berusia 20 tahun, dan saya mempunyai masalah ketumbuhan jerawat di sekitar skrotum testis saya, jadi soalan saya adakah ia berbahaya dan perlu ke klinik untuk rawatan selanjutnya ataupun ada cara lain untuk hindari nya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Seperti yang tertera di atas, terdapat pelbagai kemungkinan tentang punca penyakit kulit di skrotum anda. Sekiranya benar ini adalah jerawat, maka ianya tidak berbahaya tetapi mungkin kurang menyenangkan bagi anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.