
Sulit
4 tahun
Jerawat dikepala dn belakang badan
Saya wanita berumur 21 tahun mengalami jerawat badan dan kepala yang agak teruk…boleh ke saya tahu kalau ada ubat utk hentikan sebab ianya gatal dan bengkak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- genetik
- kencing manis
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat antidepresan
- jangkitan kuman
Anda disarankan:
- kerap mencuci rambut bagi mengelakkan rambut berminyak
- elakkan penggunaan minyak rambut
- makan makanan berkhasiat bagi mendapatkan vitamin yang akan memberi rambut sihat serta kurang berminyak
- mencuci rambut sejurus selepas bersenam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.