
Sulit
4 tahun
Jerawat jadi makin teruk selepas pengambilan ubatan
Pada Dec 2019, saya pernah menjalani rawatan utk kemalangan. Bermacam ubatan masuk ke dalam badan saya. Juga menjalani pembedahan tulang dan terpaksa menerima darah orang lain.
Adakah faktor perubatan jadikan muka banyak jerawat?Juga badan saya pun selalu gatal².
Effect perubahan dan Terima darah orang lain tu memang akan sebabkan kesan yang berpanjangan ke? Berapa lama ya kesan tu jadi? Sebab sampai sekarang masih gatal².
Adakah saya patut mengkongsumi ubatan/ supplements yang terdapat di farmasi? Sebab ketika saya makan supplement yg dijual di farmasi untuk penyembuhan luka operate saya, jerawat di muka saya juga turut kurang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara amnya, jerawat boleh disebabkan oleh beberapa ubat-ubatan tertentu misalnya steroid. Namun, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan jerawat, seperti:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
- Makanan yang berlemak
Berkenaan dengan penerimaan darah, gejala alahan boleh muncul sehingga menyebabkan kegatalan kulit. Ia kebiasaannya boleh dirawat dengan pemberian ubat anti gatal atau memerlukan intensif rawatan yang lain sekiranya memiliki gejala yang lebih serius seperti kesukaran bernafas, tekanan darah rendah, denyutan jantung yang cepat dan rasa loya. Pemeriksaan yang teliti oleh doktor adalah diperlukan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Pengambilan sebarang suplemen adalah tidak disyorkan sebelum mendapat pengesahan atau kebenaran daripada doktor yang merawat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih