
yatieafzan82
5 tahun
Jerawat kat dagu dan rahang
Hai doc.sy mengalami jerawat non stop kat dagu dan rahang
Dah pelbagai ubat jerawat guna masih sama naik non stop. Sy google berkemungkinan ini adlah berpunca dari hormon yang tak stabil. Soklan,ap ubat yang boleh diambil untuk stabilkan kembali hormon sy. Fyi, sy ada tiga ada anak dan bersalin secara caeaserean dan telah mengikat rahim pada 2017. Pernah sekali period tak datang sebulan selepas ikat dan ada kalanya lewat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala jerawat mempunyai pelbagai sebab seperti ketidakseimbangan hormon, sindrom polisistik ovari, tekanan emosi serta merokok. Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba langkah-langkah seperti berikut:
- Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat dan elakkan pengambilan makanan bergula tinggi
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
- Kurangkan stress
Untuk mengatasi masalah ini secara khusus, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.