
Anonymous
5 tahun
Jerawat payudara yang pelik
dr kalau payudara kiri tiba2 ada benjolan seperti jerawat pada mula tapi selepas beberapa minggu ia tidak hilang dan merah dan besar sedikit adakah ia merbahaya .benjolan itu tidak surut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan pada payudara yang berubah saiznya boleh disebabkan oleh:
- Cyst / kista benign - akibat perubahan hormon sewaktu haid
- Fibroadenoma
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.