
richmond3
6 tahun
Jerawat penuh di muka
Saya mengalami masalah jerawat teruk di muka. Apakah rawatan untuk masalah saya doc?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jerawat, ataupun acne vulgaris merupakan salah satu masalah dermatilogikal yang amat sering berlaku terutamanya dalam kalangan remaja. Salah satu komplikasi masalah ini ialah ia akan menyebabkan parut pada kulit. Sebelum menangani masalah parut, kita perlu mengurangkan pembentukkan jerawat.
• Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
• Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
• Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
• Amalkan pemakanan sihat
• Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
• Kurangkan stress dan mengamalkan teknik relaksasi
Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan berlakunya jerawat.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.