
Sulit
4 tahun
Jerawat sekitar miss v
Bagaimana untuk atasi jerawat pada sekitar kawasan miss v?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan jerawat di sekitar kelamin wanita, namun untuk mengenal pasti dengan lebih yakin dan tepat & apakah ianya membahayakan atau tidak, pemeriksaan fizikal dan sesi soal jawab yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Umumnya biji-biji di kemaluan wanita boleh disebabkan oleh:
- gangguan kelenjar peluh (i.e. hidradenitis suppurativa, folliculitis)
- jangkitan kuman (i.e. vulvovaginitis)
- gangguan kulit (i.e. dermatitis)
- Gangguan kelenjar bartholini
- gangguan kelenjar minyak dan lain-lain
Saya berharap anda tidak terburu-buru untuk membeli apa-apa ubat terlebih dahulu kerana semua jenis rawatan untuk situasi seperti ini memerlukan pemeriksaan yang lanjut dan keputusan yang akan dibuat oleh doktor akan bergantung kepada kondisi semasa individu tersebut.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.