
umairahaina6
3 tahun
Jerawat selepas makan antibiotics
Saya wanita yang berumur 20, muka saya ada jerawat dan bengkak. Dan pada 19/10/21 saya pergi klinik dan doc memberikan saya ubat antibiotics, cleanser, dan krim sapu. Jadi pada 30/10/21 jerawat sayaaa makin teruk. Adakah itu effect selepas makan ubat. Teruk nya macam kawasan bengkak makin besar, dan banyak jerawat keluar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih lanjut dan akan menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan tentang masalah anda. Anda perlu minum ubat tersebut mengikut arahan dan nasihat daripada doktor kerana setiap ubat-ubatan mempumyai kesan sampingan yang tersendiri.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!