balqis.amalina
4 tahun
Jerawat teruk (breakout)
Hello doktor. Saya wanita berumur lingkungan 25-30 tahun, belum berkahwin. Awal tahun baru-baru ini saya pergi menunaikan umrah. Saya mengambil pil Sunolut untuk menahan haid. Sejak pulang dan saya berhenti mengambil pil tersebut, muka dan badan bhgn blkg saya banyak dinaiki jerawat (breakout). Sedangkan sebelum saya ambil pil tersebut, agak jarang untuk saya dinaiki jerawat. (Mungkin jerawat naik sewaktu saya haid saja).
Jadi, adakah ada cara untuk saya ambil agar dapat pulihkan kulit dan kembali seperti dahulu?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kenaikan jerawat pada muka anda boleh disebabkan perubahan hormon yang tidak seimbang (selepas berhenti mengambil pil Sunolut), pori muka yang kotor, sejarah keluarga, merokok ataupun tekanan emosi. Bagi mengurangkan masalah ini anda boleh:
- Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
- Kurangkan stress
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.