
osman.syazana
5 tahun
Jerawat tumbuh ditempat yang sama
Saya berumur 26 tahun. Sejak saya berusia 22 tahun, ada jerawat yang mula tumbuh di bahagian hidung. Ia agak ketara kerana hanya muncul satu sahaja bukan merata-rata, tunggal dan bersaiz agak besar, dan apabila pecah mengeluarkan nanah. Saya pernah merujuk doktor pakar kulit dan beliau sahkan itu adalah jerawat batu. Doktor hanya membekalkan saya cream sapu sahaja. Yang menjadi persoalan dan kemusykilan adalah kenapa jerawat tersebut hanya tumbuh di bahagian hidung sahaja? Dan kenapa ia sangat kerap muncul. Setelah hilang, akan tumbuh lagi seolah-olah ada akar. Adakah faktor kebersihan muka? Kerana saya telah menjaga rutin harian kebersihan dan penjagaan kulit muka secara baik. Atau berkait dengan faktor pemakanan juga?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jerawat adalah masalah kronik yang bermaksud masalah ini memerlukan masa yang lama, sekurang-kurangnya 6 bulan untuk diubati. Jerawat di satu tempat yang sama boleh timbul disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- rutin kebersihan wajah
- kerusakan kulit
- kulit berminyak
- penggunaan produk yang tidak sesuai
Sebaiknya anda mengetahui bahawa faktor genetik, stress, dan merokok juga mempengaruhi pertumbuhan jerawat. Faktor-faktor ini akan menyebabkan kejadian dibawah sehingga tumbuhnya jerawat
- Peningkatan dalam produksi sebum
- Infeksi oleh bakteria
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil, seperti:
- Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
- Kurangkan stress
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.