Anonymous
6 tahun
Jgka hayat sebiji pil perancang
waktu pengambilan pil perancang sy adalah waktu malam,sy ingin bertanya jika sy bersama dgn suami pada esok paginya adakah pil perancang yg sy ambil mlm td dpt mencegah sy dr mngandung…brp jgka hayat sebiji pil perancang untuk elak kt mngandung 24 jam atau bila?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keberkesanan pil perancang adalah bergantung kepada jenis, bila mengambilnya, konsistensi pengambilan, tempoh mengambil dari hari haid serta bahan didalam pil tersebut. Oleh itu, maklumat tambahan mengenai pil tersebut serta sejarah kesihatan dan haid perlu diketahui untuk mengenalpasti status keberkesanan pil tersebut. Sekian



































