Sulit
4 tahun
Jika masih menyusu..bolehkah saya mengambil pil untuk datang period..kerana period saya xnormal
Boleh ke saya mengambil pil utk dtg haid…sdgkan sy masih menyusu…sebelum ni period 2x sebulan…ni xdtg2 lg period…cek upt -ve
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pil perancang yang lazim diberikan kepada ibu menyusu badan adalah pil norethisterone namun ia memerlukan preskripsi doktor.
Berkenaan haid yang tidak teratur, ianya boleh disebabkan oleh kesan penyusuan badan. Namun ia juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain seperti:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
- Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih



































