Sulit
3 tahun
Jika seseorang mengalami ED dan di diagnose Dyslipidemia bolehkah mengambil Viagra?Apakah ada alternatif lain untuk mengatasi masalah ini?
Saya seorang penghidap darah tinggi dan Dyslipidemia yang sedang mengalami ereksi yang tidah sepenuhnya. Bolehkah saya mengambil Viagra untuk mengatasi masalah ini?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doktor.
Cara merawat Mati Pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Ubat mati pucuk seperti Viagra mempunyai kesan sampingan seperti pening, sakit perut dan sakit belakang. Ubat ini juga tidak sesuai untuk diambil jika anda mempunyai penyakit jantung.
Cara alternatif untuk merawat mati pucuk ialah selepas ereksi berlaku, alat berupa getah akan diletakkan di pangkal zakar bagi mengekalkannya. Alat vakum plastik kemudian dialih sebelum meneruskan hubungan seks. Getah tadi perlu dilepaskan dalam masa 30 minit atau pembengkakan boleh berlaku.
Prostesis Zakar, doktor bedah juga boleh memasukkan rod ke dalam zakar secara kekal bagi menyelesaikan masalah ini. namun begitu, anda haruslah berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai untuk anda.
Rawatan lemah tenaga batin juga terdiri daripada kaedah pengubahsuaian gaya hidup iaitu dengan pengubahsuaian gaya hidup termasuklah dengan bersenam lebih kerap,mengamalkan diet yang sihat ,menguruskan stres.
Untuk makluman anda, masalah darah tinggi dan dyslipidemia juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan masalah disfungsi ereksi akibat peredaran darah yang kurang lancar ke bahagian zakar.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda boleh juga mendapatkan pendapat doktor pakar urologi (Urologist) melalui link ini (specialist booking). Seorang pakar urologi arif dalam bidang berkenaan sistem reproduktif lelaki dan masal-masalah yang boleh timbul dan kesihatan seksual lelaki. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.