
niknursyamimiramli
6 tahun
Jumlah air ketuban semasa 34minghu mengandung
Salam sejahtera dr, saya merupakan wanita berusia 19 tahun yang sedang mengandungkan anak pertama. Sekarang kandungan saya telah mencecah 34 minggu 2 hari. Pada 2 hari lepas saya dapati pergerakan bayi saya telah berkurang daripada kebiasaan dan pada hari ini setelah didesak oleh rakan2 dan suami, saya telah ke sebuah klinik untuk menjalani ujian. Setelah menjalani imbasan ultrasound sebentar tadi, saya diberitahu oleh dr bahawa bacaan air ketuban saya adalah 9 dan perlu melakukan imbasan sekali lagi dalam tempoh 2 minggu akan datang. Adakah ini normal? Adakah saya perlu risau akan keadaan ini? Dan berapakah bacaan air ketuban yang normal pada 34 minggu ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, bacaan air ketuban normal adalah antara 8-18. Bagi bacaan anda iaitu 9, ia adalah sedikit rendah. Oleh sebab itu, doktor menyarankan untuk memeriksa sekali lagi selepas dua minggu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami sekiranya anda mempunyai sebrang pertanyaan lanjut. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!