
Sulit
4 tahun
Jumpa Pakar Psikiatri
Salam sejahtera. Saya seorang wanita berusia 28 tahun. Adakah saya boleh berjumpa dengan pakar psikiatri walaupun saya tidak didiagnos dengan apa-apa penyakit berkaitan mental. Dan jika boleh apakah caranya terutamanya di Hospital Kerajaan.
Sekian, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, forum ini bertujuan untuk sebarang pertanyaan tentang masalah atau simptom yang dihadapi oleh para masyarakat umum untuk mendapatkan penyelesaian dan juga penjelasan mengenai penyakit yang dihadapi daripada doktor pakar yang diiktiraf oleh MMC.
Oleh itu, kami tidak dapat memberi jawapan yang tepat mengenai pertanyaan anda kerana ia tidak melibatkan masalah kesihatan yang ingin diketahui.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.