Sulit
4 tahun
Kadang-kadang mengalami kesukaran untuk bernafas
Saya lelaki berumur 28 tahun. sejak seminggu yang lalu kadang-kadang saya mengalami kesukaran untuk bernafas(bukan setiap masa).saya masih boleh tarik nafas panjang2 dan menahan nafas dalam masa 1-3 minit. suhu badan saya normal dan saya tidak demam dan tidak batuk. cuma saya dari kecil ada masalah jantung berlubang. saya nak tanya adalah kesukaran bernafas ini berpunca daripada jantung berlubang atau saya mengalami gejala covid-19? terima kasih doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, masalah sesak nafas yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- penyakit jantung (jantung berlubang seperti yang anda alami)
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Masalah keresahan anxiety
- GERD
Berdasarkan simptom sukar bernafas anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini