
Sulit
4 tahun
Kadang2 sakit jantung.sakit apabila saya cuba tarik nafas.saya perlu tahan nafas selamat 1minit baru rasa sakit itu hilang
Saya wanita 20an kadang2 saya rasa sakit di bahagian jantung.apabila saya Cuba untuk tarik nafas jantung saya terasa sakit Dan sukar untuk bernafas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit di bahagian dada tersebut, seperti:
- Serangan asma
- Serangan jantung
- Pedih ulu hati atau GERD
- Jangkitan paru-paru
- Radang selaput dada (costochondritis)
- Jangkitan payudara
- Kanser payudara
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami sakit di bahagian jantung dan sekitarnya. Pemeriksaan lanjut perlu dibuat oleh doktor untuk mengetahui puncanya dan rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Kami sarankan anda berjumpa doktor dengan segera kerana anda menyatakan bahawa anda sukar bernafas dan sakit tersebut mengganggu anda.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.