
sherinasyafiqah08
5 tahun
Kadar denyutan jantung laju
saya seorang pelajar ,17 tahun . saya mengalami kadar denyutan jantung yang laju sepanjang masa . sudah 7 hari perkara ini berlarutan ,saya juga rasa sukar untuk bernafas . saya ada pergi ke klinik dan BP saya juga tinggi . adakah saya perlu ke hospital ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala degupan jantung laju boleh disebabkan:
- Asma
- Anemia - kurang darah merah
- Alahan - juga boleh menyebabkan degupan jantung laju
- Penyakit tiroid seperti hipertiroid
- Penyakit keresahan
- Penyakit Cushing - lebih hormon steroid
- Penyakit keresahan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.