
Sulit
3 tahun
Kadar peratus oxcigen dalam darah fan denyutan nadi normal
Sye zaid umo 34 tahun dan sudah 2dos vaksin…selepas sebulan lebih bdan sye ade rse panas…badan bawak keatas…dan kekadang rase sejuk dalam lingkungan 3pg ke 6 pgi…saye perokok dan darah tinggi…dam G6PD mase kecil…dan rase cucuk dibelah dada kiri…knpe doktr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya penyakit iskemia jantung, penyakit pada sistem pernafasan, penyakti pada saluran darah, penyakit gastrik, gangguan saraf dan lain. Ini bukan kesan vaksinasi, sila merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Jantung.