
Sulit
5 tahun
Kadar sodium rendah dalam badan adakah bahaya ba
Saya pesakit kanser tiba tiba white blood cell tinggi sekarang di wad ada diarrhea dan sekarang kandungan garam rendah adakah bahaya…apa cara untuk atasi??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda dimasukkan ke dalam wad untuk masalah cirit-birit dan tengah diberi ‘drip’, mereka sedang menambahkan garam dan air dalam badan anda. Anda berkemungkinan kurang garam kerana kehilangan air dan garam semasa cirit-birit. Anda harus menyerahkan kepada doktor dan jururawat untuk menjaga dan merawat anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.