
Sulit
3 tahun
Kadar untuk kanak-kanak fingertip oximeter
Salam. Saya ada membeli fingertip oximeter untuk mengesan kandungan oksigen dalam darah. Bila saya pakaikan anak saya berumur 6 tahun. Kadar spo2 adalah 70 d bawah 94. Berapa Kadar yang normal untuk kanak-kanak.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan anda tentang kadar SpO2 anak anda yang rendah. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, kadar oximeter yang normal adalah 95-100%. Kadar yang rendah daripada nilai normal perlu merujuk kepada doktor dengan segera.
Kadar oximeter yang rendah boleh menandakan penyakit yang serius seperti:
- COPD
- Penyakit jantung
- Asma
- Anemia
Oleh itu, anda disarankan untuk ke hospital dengan segera.
Jika anda memerlukan kepastian anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.