
Sulit
5 tahun
Kaedah menambah ketinggian
Doktor, boleh terangkan apakah kaedah rawatan yang boleh didapati di hospital untuk menambahkan ketinggian badan? Boleh nyatakan side effect untuk semua perubatan tersebut dan berapakah kosnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pembedahan kosmetik memanjangkan kaki. Tiada ubat yang dapat meninggikan anda setelah anda mencapai ketinggian maksimum anda. Hal ini kerana tulang kita mempunyai sesuatu yang digelar epiphyseal plate di hujung tulang panjang seperti tangan dan kaki. Struktur ini akan menipis setelah bertahun-tahun anda membesar. Akhirnya, struktur in akan lenyap dan pembesaran longitudinal anda pun selesai. Kos pembedahan ini bergantung kepada hospital. Anda boleh merujuk perkara ini ke hospital yang menyediakan pembedahan kosmetik ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.