
Sulit
4 tahun
Kahak berasa sangat pahit seakan akan ubat
Saya lelaki berumur 22 tahun, dan setiap pagi saya akan mengalami hidung tersumbat dan bersin berpanjangan serta kahak di tekak. Tapi saya tahu itu adalah simptom resdung. akan tetapi semenjak ini kahak yang ada terasa sangat pahit seakan akan ubat. Adakah itu biasa dr? Saya juga sejak kebelakangan ini mengambil ubat-ubatan seperti vit c untuk kesihatan. Adakah itu puncanya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Apabila terjadi batuk berkahak yang lama dan berterusan, terdapat beberapa kondisi yang mungkin dialami oleh anda seperti:
- Asma
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Bronkiektasis
- Tuberkulosis (Tibi)
- Bronkitis
Rasa pahit merupakan perkara yang normal apabila anda sakit tekak. Namun, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan bagi batuk berkahak yang anda alami.
Bagi mengenalpasti penyakit sebenar yang mendasari keluhan anda ini, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.