
Sulit
4 tahun
Kahak berbintik atau bertompok coklat/hitam
Hi. Saya lelaki berusia 25 tahun. Saya telah didiagnos dengan anxiety dan panic attack yg severe dan masih mengambil ubat ubatan ( luvox dan alprazolam) yg telah di prescribe oleh pihak psychiatrist. Namun lebih kurang dua atau tiga bulan yg lepas saya mengalami masalah kahak berbintik atau bertompok coklat pada mulanya. Bilangan kahak ini berkurangan namun bintikan atau tompokan pada kahak saya menjadi semakin pekat dan kadang kala hitam. Kahak ini bukan berpunca daripada lendiran di hidung tetapi di tekak. Adakah saya perlu berhenti daripada mengambil ubat tersebut atau berjumpa dengan doktor? Terima kasih kerana membantu dan kekal selamat!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kahak bertompok coklat/hitam. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka pada tekak
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Anda dinasihatkan untuk bertenang dahulu dan jangan berhenti ambil ubat tersebut tanpa sebarang arahan dari doktor anda. Walaupun gejala yang anda alami bukan merupakan salah satu daripada gejala kesan sampingan memakan ubat alprazolam, namun, saya menyarankan anda untuk memberi aduan ini kepada doktor anda. Hal ini kerana untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, pemeriksaan fizikal secara langsung adalah diperlukan bagi mendapatkan rawatan yang tepat.
Berkahak dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih dan kekal selamat!
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.