
Anonymous
4 tahun
Kahak berdarah . badan gatal2 merah
saya umur 19 . dalam 2 hari ni saya selalu badan gatal2 . pagi tadi saya batuk . keluar kahak berdarah . hm .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, pelbagai perkara boleh menyebabkan gejala gatal yang anda alami seperti:
- Ruam panas
- Alahan
- Gigitan serangga
Batuk dan kahar berdarah pula biasanya disebakan luka pada tekak, namun sekiranya terdapat pendarahan lebih banyak, ia merupakan perkara serius dan perlu dirujuk kepada doktor. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.