
fareenasoraya
4 tahun
Kahak berdarah dan hidung berdarah
Kahak berdarah dan hidung berdarah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jika hidung berdarah anda berpunca daripada bahagian belakang hidung, anak anda mungkin cuba menelan darah tersebut kerana masih tidak tahu mengeluarkan kahak di tekak. Antara punca hidung berdarah adalah:
- Cuaca persekitaran panas terik . Persekitaran yang terlampau panas akan menyebabkan badan kita menjadi kering dengan cepat. Perkara ini secara tidak langsung juga akan menyebabkan mukosa dalam hidung mengalami kekeringan. Justeru itu, apabila seseorang menghembus nafas terlalu kuat maka ia akan membawa kepada pendarahan.
- Jangkitan bakteria atau virus . Hal ini demikian kerana selesema akan menyebabkan keradangan dalam hidung sekali gus menyebabkan kepecahan saluran darah dalam hidung.
- Berlaku sebarang trauma kepada bahagian hidung.
- Pertumbuhan luar biasa dalam hidung .
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.