
Anonymous
6 tahun
Kahak berdarah dan sulit mengeluarkannya
Selamat pagi dok… saya perempuan berumur 20 tahun saya mengalami masalah batuk berkahak lebih 2 minggu… selepas itu keluarga saya terus menasihati saya pergi ke klinik berdekatan doktor bilang yang saya di syaki mendapat TB dan meminta saya mengeluarkan kahak untuk ujian makmal… tapi dok masalah saya saya sulit mengeluarkan kahak dari mulut apakah tips yang boleh membuatkan saya senang mengeluarkan kahak?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan terhadap masalah kesihatan anda. Batuk berkahak/darah boleh terjadi akibat punca punca tersebut:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Pendarahan juga boleh berlaku akibat usaha anda untuk mengeluarkan kahak tersebut.Jika hal ini berterusan anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih