Sulit
3 tahun
Kahak berdarah di waktu pagi
Saya tidak batuk atau sukar bernafas. Setiap pagi apabila bangun Dan ke bilik air, ketika meludah ada kahak dan berdarah. Apa punca masalah saya?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kahak berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jika ia berwarna merah jambu cari dan bukan pekat, kemungkinan anda mempunyai masalah air pada paru-paru akibat masalah jantung atau sebagainya.
- tuberkulosis
- chronic bronchitis
- epistaxis
- jangkitan paru-paru
- kanser
Justeru, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat ditentukan diagnosis sebenar dan supaya perawatan yang tepat dan efektif dapat dijalankan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.