
Sulit
4 tahun
Kahak berdarah tiada batuk dan demam
saya 47 tahun, tiada selsema, tiada batuk, tiada demam, tiada sesak nafas, tiada sakit dada.
tapi untuk 4 hari terakhir ni kahak saya berdarah. semakin kuat saya batuk kan diri untuk keluarkan semua kahak semakin banyak ia berdarah…dan akan berhenti bila saya diam dan minum air suam…
Ini akan berulang berdarah semula bila saya hisap rokok. cuaca di sini sangat panas dan kering. darah agak banyak dan berketul kehitaman ketika bangun pagi…saya amat risaukan COVID19 yang dikatakan tanpa gejala.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kahak berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cuaca persekitaran panas terik . Persekitaran yang terlampau panas akan menyebabkan badan kita menjadi kering dengan cepat. Perkara ini secara tidak langsung juga akan menyebabkan mukosa dalam hidung mengalami kekeringan. Justeru itu, apabila seseorang menghembus nafas terlalu kuat maka ia akan membawa kepada pendarahan.
- Jangkitan bakteria atau virus . Hal ini demikian kerana selesema akan menyebabkan keradangan dalam hidung sekali gus menyebabkan kepecahan saluran darah dalam hidung.
- Berlaku sebarang trauma kepada bahagian hidung.
- Masalah pembekuan darah
- Menggunakan pencair darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.