
Sulit
4 tahun
Kahak berkumpul di tekak
Assalamualaikun . Saya berusia 21 tahun , saya dah hampir 2 bulan mengalami kahak yang terkumpul di dalam tekak tetapi tidak batuk tapi saya mempunya masalah resdung . Saya juga sering mengalami sesak nafas . Kahak ini bewarna putih dan sering buat saya rasa tidak selesa kerana dia telah tersekat di bahagian tekak. Apakah cara yang perlu cara mengatasi masalah tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberikan mengenai masalah kahak berlebihan iaitu:
- Kahak berwarna kuning atau hijau adalah tanda-tanda jangkitan kuman pada tekak atau ruang hidung.
- Jangkitan kuman ini menyebabkan keradangan pada kawasan ruangan hidung, mulut dan tekak dan menyebabkan rembesan kahak menjadi lebih banyak berbanding normal. Ini merupakan salah satu sistem pertahanan badan anda. Ia juga boleh melibatkan salur pernafasan dan paru-paru
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti Pneumonia dan penyakit Tuberculosis . Namun, penglibatan paru-paru akan menyebabkan gejala batuk.
- Keradangan atau jangkitan kuman pada tonsil ( Tonsilitis ) yang boleh menyebabkan tonsil bengkak. Selalunya ia akan disampingi dengan gejala sakit tekak.
- Alahan pada persekitaraan atau makanan yang boleh menyebabkan kahak berlebihan.
- Keradangan sinus akibat jangkitan.
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak ( Postnasal Drip )
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Dengan itu, kami boleh cadangkan anda untuk melakukan beberapa perkara di rumah iaitu:
- Gunakan alat pelembap udara atau memastikan udara persekitaran tidak kering.
- Bersenam. Ini akan membuatkan salur penafasan dan ruangan hidung yang tersumbat dengan kahak atau hingus menjadi lebih senang berkembang dan melancarkan aliran udaran bagi pernafasan yang melegakan.
- Banyakkan minum air
- Makan dengan perlahan
- Berkumur dengan air garam. Namun, keberkesanan kaedah ini adalah subjektif pada setiap individu.
- Amalkan pemakanan madu.
- Tidur dengan posisi kepala yang tinggi. Gunakan bantal lebih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih