
Sulit
4 tahun
Kahak berwarna coklat
Saya mengalami bunyi kahak dalam dada on and off sejak 3 minggu lepas. Bila batuk keluar kahak tu. Kini tekak makin perit dan kahak dah jadi coklat di awal pagi ketika bangun tidur. Saya tidak mengambil apa2 ubat kerana saya menyusukan bayi yang kini berumur 8 bulan. Saya ada history athsma ketika mengandung. Perlukah saya ambil nebulizer?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kahak berwarna coklat. Untuk makluman anda, masalah seperti yang anda alami dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Luka pada tekak
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Berkenaan penggunaan nebulizer untuk asma, tidak tepat untuk menangani masalah tersebut. Untuk mengetahui rawatan yang tepat, kami perlu mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi dengan cara mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai keluhan anda, seperti ada tidaknya simptom-simptom lain yang mungkin mendasari penyakit yang dinyatakan di atas.
Berkahak dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.