
Sulit
3 tahun
Kahak berwarna kuning pekat berketul tp xkental
Sy 30y,on ubat tamoxifen baru makn 20 hari… Sejak makan ubt ni tekak sllu kering sakit dan kahak jadi pekat warna kuning,… 30/8 sy ccuk vaksin… Lpas cucuk skit tkak makin mnjadi2 + batuk +slsema… Kahak jadi pekat kuning… Adakah normal? Rtk 3/9 negative… Sy tkut ni gejala covid… Tp test negative…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami bahawa anda sering mengalami sakit tekak, kering, berkahak dan batuk sejak bulan lepas. Kini anda risau jika ia merupakan jangkitan Covid-19. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 adalah selamat, berkesan dan stabil. Bahan aktif vaksin juga terdiri daripada virus yang dinyahaktifkan dan bukan virus hidup. Bermaksud bahawa ia tidak berupaya memberi jangkitan Covid-19.
Walaubagaimanapun, gejala yang anda nyatakan memerlukan perhatian rawatan doktor. Lebih-lebih lagi apabila anda sedang mengambil rawatan Tamoxifen.
Untuk maklumat lanjut, saya sarankan anda untuk berbincang dengan doktor anda perihal perkara ini. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini