Sulit
4 tahun
Kahak dan batuk cuma pada awal pagi
Hi, saya berumur Hi, saya berumur lewat 20 an.
Masalah saya disini, saya kadang² mengalami kahak dan batuk cuma pada awal pagi (1 am ~ 5am) lebih² lagi apabila terkena sejuk (dari air ataupun kipas). Biasanya selepas dari itu dah beransur pulih.
Saya mula mengalami masalah ni selepas beberapa minggu saya bersalin. Saya bersalin pada awal bulan 1.
Setiap kali saya batuk untuk membuang kahak juga saya rasakan telinga dan mata sebelah kanan saya gatal. Juga gegendang telinga saya seperti berbunyi².
Untuk pengetahuan, saya pernah mengalami masalah sinusitis dari sebelum mengandung dan bahagian yg lebih terjejas waktu tu ada lah sebelah kanan telinga.
Pernah jumpa doctor sekali selepas bersalin untuk masalah ini dan doctor beritahu kemungkinan masalah sinusitis.
Saya harap doctor dapat berikan pendapat juga since masalah ni agak mengganggu saya lagi² bila terdapat bayi kecil di sisi.
Tq.
20 an.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Apabila terjadi batuk berkahak yang lama dan berterusan, terdapat beberapa kondisi yang mungkin dialami oleh anda seperti:
- Asma
- Sinusitis
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Bronkiektasis
- Tuberkulosis (Tibi)
- Bronkitis
- Kanser paru-paru
Sekiranya anda rentan, maka anda harus mengambil langkah penjagaan yang sesuai seperti memakai topeng muka, menjauhi habuk dan sebagainya. Bagi mengenalpasti penyakit sebenar yang mendasari keluhan anda ini, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.