
Sulit
4 tahun
Kahak dan Perut Kembung
Ayah saya berumur 55 Tahun, kerap pada waktu petang dia mengadu terasa seperti penat. Terdapat juga kahak (sedikit) dan perut kembung (rasa tidak selesa).

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan ayah anda berasa penat seperti:
- Penyakit tiroid - seperti hipertiroid
- Anemia - kurang sel darah merah akibat kurang zat besi, asid folic serta vitamin
- Kesan kurang berat - ia akan mengganggu kitaran hormon termasuklah insulin (hormon yang mengawal gula)
- Jangkitan kuman - seperti tibi yang juga boleh merebak ke tulang belakang
- Ketumbuhan - seperti kanser tulang
Masalah perut kembung pula boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.