
green_326
5 tahun
Kahak tersekat di tekak
Saya wanita 33 tahun. Saya mempunyai masalah kahak tersekat di tekak untuk satu bulan lebih yang lalu. Tidak selesema dan batuk. Sakit dada (bukan tengah dada, atas sikit).

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat banyak punca terjadinya masalah tersebut antaranya jangkitan tonsil, jangkitan ‘pharynx’, jangkitan saluran pernafasan dan sebagainya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.